Domino’s perkenal kek terbaharu

KUALA LUMPUR – Kek istimewa ini ialah tambahan yang menarik untuk menghidupkan semangat perayaan Hari Raya dan kemeriahan menikmati makanan lazat bersama keluarga

Domino’s mengambil langkah selanjutnya dengan meluaskan pilihan menu untuk pelanggan. Baru-baru ini Domino’s melancarkan manisan pencuci mulut baharu, Blueberry Cheesecake Lava Cake kepada senarai pelbagai sajian dalam menunya.

Kek istimewa ini ialah tambahan yang menarik untuk menghidupkan semangat perayaan Hari Raya dan kemeriahan menikmati makanan lazat bersama keluarga dan kawan-kawan. Setiap pencuci mulut akan disediakan khas bagi setiap pesanan untuk memastikan pelanggan dapat menikmati Blueberry Cheesecake Lava Cake panas dari ketuhar.

“Rakyat Malaysia rata-rata meminati manisan pencuci mulut. Hasil kajian kami menunjukkan lebih 10% daripada jumlah jualan adalah termasuk manisan. Dengan pelancaran manisan baharu
ini, kami menjangka angka tersebut akan meningkat lebih tinggi. Menyusuli kejayaan
manisan kami, khususnya Chocolate Lava Cake dan Peanut Butter Chocolate Lava
Cake yang menjadi kegemaran ramai, hari ini kami mempersembahkan satu lagi
manisan yang lazat untuk pilihan pelanggan kami.” Shamsul Amree, Pengurus Besar
Kanan, Operasi, Domino’s Pizza Malaysia dan Singapura berkata pada majlis pelancaran.

See also  Foodies! Plan your perfect Raya road trip, worry-free

Sempena pelancaran terbaru, Domino’s Pizza menawarkan Blueberry Cheesecake Lava Cake terbaru pada harga pengenalan RM7.10 sahaja mulai 1 Julai 2018 dan untuk tempoh terhad. Pelanggan juga boleh menikmati Chocolate Lava Cake dan Peanut Butter Chocolate Lava Cake pada harga RM7.10 sahaja.

Majlis pelancaran pada hari ini turut dihadiri oleh ramai peminat manisan pencuci mulut dari seluruh Lembah Klang. Mereka adalah antara yang pertama berpeluang menikmati Blueberry Cheesecake Lava Cake sebelum ditawarankan secara rasmi pada 1 Julai 2018.

Avatar photo

CJMY

For any inquiries or to submit a press release, please send an email CJ Editor at [email protected].