MPK:Sikap penduduk buang sampah merata-rata perlu dikikis

MPK:Sikap penduduk buang sampah merata-rata perlu dikikis

Isu berkaitan sampah seringkali diperkatakan bukan perkara baru, malah telah menjadi satu identiti kekal yang sukar dikikis daripada pandangan orang ramai khususnya kepada mereka yang pertama kali menjejakkan kaki di bandar diraja Klang.

Isu berkaitan sampah seringkali diperkatakan bukan perkara baru, malah telah menjadi satu identiti kekal yang sukar dikikis daripada pandangan orang ramai khususnya kepada mereka yang pertama kali menjejakkan kaki di bandar diraja Klang.

Masyarakat sering menuding jari kepada pihak berkuasa tanpa menyedari bahawa tanpa mereka, sampah-sarap tidak akan wujud dan seolah-olah terlupa mereka sendiri yang menghasilkan sampah sarap dan merungut apabila sampah-sarap yang dibuang itu tidak dialihkan.

Pengarah Jabatan Komunikasi Dan Pengaduan Awam, Majlis Perbandaran Klang (MPK) Norfiza Mahfiz berkata sikap masyarakat kurang peka atau mempunyai tahap kesedaran sivik rendah di kalangan penduduk berkaitan isu sampah ini merupakan perkara asas yang perlu difikirkan jika ingin melihat perkara ini dapat ditangani sebaik mungkin.

See also  APU win awards at Malaysia's Digital Tech accolades

Menurutnya, masalah sampah merupakan isu bersama dan sebagai pihak berkuasa tempatan (PBT), pihaknya telah melakukan yang terbaik untuk memastikan kawasan ini bersih seperti di kawasan lain.

Norfiza berkata, kerja pembersihan telah pun diberikan kepada pihak berkenaan dan setakat ini segala rungutan berkaitan isu itu dapat ditangani secara efisien melibatkan agensi penguatkuasaan dan syarikat Alam Flora.

“Mentaliti orang ramai mempunyai tidak endah berkaitan sampah harus diubah terutama tabiat membuang sampah merata-rata khususnya di kawasan ini.

“Selain daripada itu, kerjasama orang ramai untuk melaporkan kawasan yang menjadi pusat sampah haram juga diperlukan bagi memudahkan majlis mengambil tindakan ke atas mana-mana pihak yang berkenaan,” katanya.

See also  HWUM earns recognition for graduate employability

Mengulas lanjut, menurutnya isu sampah juga berkait rapat dengan satu lagi masalah di sini iaitu kebanjiran warga asing yang terlalu ramai dan menyebabkan sesetengah kawasan di sini terlalu kotor akibat sikap mereka itu.

Beliau menjelaskan, terdapat satu kawasan di Meru yang mempunyai hampir lapan ribu warga asing di situ dan menyebabkan persekitaran di situ agak kotor akibat tindakan warga asing yang terdiri daripada warga Bangladesh dan dari negara yang lain.