Komen: Sampah dan masyarakat konsumer

Komen: Sampah dan masyarakat konsumer

Isu sampah di bandar di raja ini bukan perkara baru,malah telah menjadi satu identiti kekal yang sukar dikikis daripada pandangan orang ramai khususnya kepada mereka yang pertama kali menjejakkan kaki di sini.

Oleh Norfiza Haji Mahfiz

Isu sampah di bandar di raja ini bukan perkara baru,malah telah menjadi satu identiti kekal yang sukar dikikis daripada pandangan orang ramai khususnya kepada mereka yang pertama kali menjejakkan kaki di sini.

Masyarakat sering menuding jari kepada pihak berkuasa tanpa menyedari bahawa tanpa mereka,sampah-sarap tidak akan wujud dan seolah-olah terlupa mereka sendiri yang menghasilkan sampah sarap dan merungut apabila sampah-sarap yang dibuang  itu tidak dialihkan.

Sikap masyarakat dan kesedaran sivik di kalangan penduduk berkaitan isu sampah ini merupakan perkara asas yang perlu difikirkan jika ingin melihat perkara ini dapat ditangani sebaik mungkin.

Masalah sampah merupakan isu bersama dan sebagai pihak berkuasa tempatan (PBT),majlis telah melakukan yang terbaik untuk memastikan kawasan ini bersih seperti kawasan-kawasan lain.

Kerja-kerja pembersihan telah pun diberikan kepada pihak berkenaan dan setakat ini,rungutan berkaitan isu itu dapat ditangani secara efisien melibatkan majlis dan Alam Flora Sdn Bhd  di sini.

Mentaliti orang ramai  berkaitan sampah harus diubah terutama tabiat membuang sampah merata-rata khususnya di kawasan ini.

Selain daripada itu,kerjasama orang ramai untuk melaporkan kawasan yang menjadi pusat sampah haram juga diperlukan bagi memudahkan majlis mengambil tindakan ke atas mana-mana pihak yang berkenaan.

Selain sikap, isu sampah juga berkait rapat dengan satu lagi masalah di sini  iaitu kebanjiran warga asing yang terlalu ramai dan menyebabkan sesetengah kawasan di sini terlalu kotor akibat sikap mereka itu.

Beliau menjelaskan,terdapat satu kawasan di Meru yang mempunyai hampir 8,000 warga asing di situ dan menyebabkan persekitaran di situ agak kotor akibat  tindakan warga asing yang terdiri daripada warga Bangladesh dan dari negara-negara yang lain.

Penulis adalah Pengarah Jabatan Komunikasi dan Pengaduan Awam,Majlis Perbandaran Klang (MPK). Beliau boleh dihubungi melalui  [email protected], atau pun   +603 3371 6044 ext 1236 (talian terus),  +603 3374 0023 (faks) dan
+6012 2303781 (tel bimbit).