20,000 peluang pekerjaan dalam program “Jom Kerja”

20,000 peluang pekerjaan dalam program “Jom Kerja”

Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) semalam diberitahu bahawa sebanyak 20,000 peluang pekerjaan ditawarkan di Selangor sempena promosi program ‘Jom Kerja’ yang bermula pada November tahun lepas.

Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) semalam diberitahu bahawa sebanyak 20,000 peluang pekerjaan ditawarkan di Selangor sempena promosi program ‘Jom Kerja’ yang bermula pada November tahun lepas.

Pengerusi Jawatankuasa Khas Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan Selangor Theresa Kok berkata statistik itu diperoleh daripada Persekutuan Pekilang-pekilang Malaysia (cawangan Selangor).

Beliau berkata sepanjang lima siri program ‘Jom Kerja’ yang diadakan bermula November tahun lepas sehingga Oktober tahun ini, seramai 5,562 calon telah datang mendaftar dan seramai 2,441 pemohon berjaya ditemuduga.

“Program jelajah ‘Jom Kerja’ ini diadakan dari satu daerah ke satu daerah. Ia menerima sambutan amat memberangsangkan daripada rakyat Selangor yang tiada pekerjaan dan ada juga di kalangan mereka mencari peluang pekerjaan baru,” katanya semasa menjawab soalan Dr Ahmad Yunus Hairi (PAS-Sijangkang).

Ahmad Yunus ingin tahu jumlah peluang pekerjaan yang ditawarkan dan sambutan rakyat Selangor terhadap peluang pekerjaan di negeri itu.

Kok berkata daerah Klang mencatatkan penyertaan tertinggi calon yang menghadiri temuduga iaitu 2,060 orang.

— BERNAMA