Sasterawan negara rasmi pameran Tunas Mekar pada 13 November

Sasterawan negara rasmi pameran Tunas Mekar pada 13 November

Universiti Industri Selangor (UNISEL) menerusi Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka (FSSR) telah menganjurkan Pameran Tunas Mekar 2010 di Galeri Shah Alam, Taman Tasik Shah Alam baru-baru ini.

Universiti Industri Selangor (UNISEL) menerusi Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka (FSSR) telah menganjurkan Pameran Tunas Mekar 2010 di Galeri Shah Alam, Taman Tasik Shah Alam baru-baru ini.

Pemangku Pengurusan Pemasaran dan Komunikasi Korporatnya, Hasril Abu Hassan berkata, acara perasmian pameran ini akan berlangsung pada 13 November pada jam 10.00 pagi akan dirasmikan oleh sasterawan negara, Datuk A Samad Said.

Menurutnya, pameran ini bertujuan mendidik serta memberitahu ibu bapa betapa pentingnya pendidikan seni dalam menentukan kerjaya setiap pelajar pada masa akan datang.

“Tema atau tag-line Pameran Tunas Mekar ini ialah ”Menjana Pemikiran Kreatif” (Nurturing Creative Mind) bertepatan sekali dengan objektif pameran diadakan,” katanya menerusi kenyataan media.

See also  Gelly Wee: Bridal bliss with record-breaking event

Hasril berkata, koleksi Pameran Tunas Mekar 2010 ini menghimpunkan sebanyak 250 hasil karya pelajar bermula dari semester pertama sehingga ke peringkat persembahan karya akhir.

Menurutnya, beberapa karya projek akhir pelajar penilaian Ijazah Pertama dan Diploma Grafik Digital dan Diploma Seni Foto, akan turut dipamerkan termasuk karya pilihan daripada pelajar yang sedang meneruskan pengajian masing-masing.

“Antara bidang seni dipamerkan ialah Karya seni Jabatan Teknologi Seni Foto merangkumi kategori pengiklanan, potret, Photo-journalism, Fine Art Photography and Under-water Photography manakala daripada jabatan Grafik Digital pula merangkumi juga bidang lakaran dan Drawing, Manual Illustration, Posters, Packaging, Publication dan Visual Communication.

“Sementara itu, karya seni video seperti filem dokumentasi, animasi dan  filem pendek yang dihimpunkan pula  akan dipersembahkan dalam bentuk ’Cinemini’,” ujarnya.

See also  Gelly Wee: Bridal bliss with record-breaking event