Pekan Frinjan 15:Toleransi dan Respek

Pekan Frinjan 15:Toleransi dan Respek

Pekan Frinjan kembali lagi dengan edisi nombor 15 bertemakan “Toleransi & Respek” sempena Hari Toleransi Antarabangsa yang disambut 16 November setiap tahun.

Pekan Frinjan kembali lagi dengan edisi nombor 15 bertemakan “Toleransi & Respek” sempena Hari Toleransi Antarabangsa yang disambut 16 November setiap tahun.

http://www.un.org/depts/dhl/tolerance/

Atas semangat tema, edisi ke 15 akan memutarkan filem dokumentari berjudul “Kisah Tauke Mancis dan Minyak Tumpah” yang merupakan salah satu pemenang di dalam Festival Filem Kebebasan 2010.

http://freedomfilmfest.komas.org/

Tidak lupa PF15 akan mempersembahkan pelancaran WiFi@ Selangor oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri Selangor, Rodziah Ismail.

Tarikh: Sabtu, 6 November 2010

Masa: 5 petang hingga 11.30 malam.

Lokasi: Laman Menara Jam, Dataran Shah Alam (sebelah Plaza Alam Sentral)

Seperti biasa ada muzik, puisi dan bentuk persembahan lain antaranya,

See also  Gelly Wee: Bridal bliss with record-breaking event

Acid Hadi
Khairul S Music – http://www.facebook.com/khairulsmusic
HICK -http://www.facebook.com/hickband
Goodbye 20th Century – http://www.facebook.com/Goodbye-20th-Century
Rina S
Andenn Hassan and The Dr. Samsi’s Experiment
Imran Yusoff & Geng
Adam Kasturi
Adnan Qiyas

Tentang Selangor WiFi

Projek yang dinamakan Wireless Fidelity (WiFi) itu merupakan inisiatif kerajaan negeri dengan kerjasama Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) Selangor, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan Jaring Communication Sdn Bhd.

Pengguna yang berkunjung di dalam kawasan liputan WiFi boleh mengakses rangkaian dan perkhidmatan internet secara percuma dengan menggunakan komputer peribadi, PDA dan telefon bimbit.

Antara kawasan liputan ialah persekitaran bangunan MBSA, Bangunan Darul Ehsan, Dataran Shah Alam, Alam Sentral, Bangunan MRCB, Plaza Perangsang, SACC Mall, Kompleks PKNS dan Taman Tasik.

See also  Gelly Wee: Bridal bliss with record-breaking event