Pengagihan bubur lambuk, konvoi Ramadan kepada masyarakat

Pengagihan bubur lambuk, konvoi Ramadan kepada masyarakat

Sekitar dua program berasingan, serahan bubur lambuk dan konvoi kembara ramadan kepada masyarakat setempat.

Sambutan Ramadan semakin terasa dengan pelbagai ibadah sunat dilakukan termasuklah pengagihan bubur lambuk secara percuma kepada masyarakat setempat.

Sebanyak 1300 bungkus bubur lambuk diagihkan di Stesen Transit Ringan (LRT) Universiti baru-baru ini.

Kehadiran Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar turun padang mendekati masyarakat sememangnya dinantikan oleh penduduk sekitar.

Sambutan diterima  cukup meriah dengan kerjasama  daripada masyarakat Lembah Pantai turut sama mengagihkan bubur lambuk.

Program Kembara Ramadan

Dalam Perkembangan lain, kira-kira 60 golongan memerlukan terdiri dari golongan miskin, ibu tunggal, orang kelainan upaya (OKU)  dan anak yatim menerima sumbangan daripada Pengerakan Puteri UMNO Bahagian Tanjong Karang Sabtu lalu.

Konvoi sebanyak 22 buah kereta tersebut bergerak  di sekitar kawasan kediaman terpilih disertai 50 orang Puteri UMNO Cawangan Bahagian itu termasuk 10 orang  ahli daripada pertubuhan isteri-isteri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Ahli Parlimen (KASIH) Negeri Selangor.

See also  Grand Raya for delivery heroes with Foodpanda Malaysia

Sumbangan yang diberikan berupa barang makanan harian dan juga wang tunai.