Pertandingan Bintang Fantasia Nestle cungkil bakat pekerja

Pertandingan Bintang Fantasia Nestle cungkil bakat pekerja

Untuk tahun kedua berturut-turut, Kelab Rekreasi dan Sukan, Nestle Manufacturing (M) Sdn. Bhd, Batu Tiga, Shah Alam menganjurkan pertandingan Bintang Nestle 2010 kelmarin.

Untuk tahun kedua berturut-turut, Kelab Rekreasi dan Sukan, Nestle Manufacturing (M) Sdn. Bhd, Batu Tiga, Shah Alam menganjurkan pertandingan Bintang Nestle 2010,  kelmarin.

Pengerusinya, Mohd Nazri Mohd Jais berkata, program itu merupakan aktiviti riadah bertujuan merapatkan hubungan pekerja dengan pihak pengurusan kilang berkenaan.

Katanya, aktiviti itu juga bertujuan mencungkil bakat pekerja dalam bidang nyanyian dan seni persembahan selain merapatkan hubungan silaturahim sesama pekerja di kilang itu.

Selain pertandingan nyanyian, turut diadakan pertandingan poco-poco. Pertandingan turut dimeriahkan dengan kehadiran, Pengurus Kilang, Izam Harun.

Pada pertandingan itu, Siti Isnawati Mohd Zailani yang membawa lagu Bukan Cinta Biasa Daripada Datuk Siti Nurhaliza muncul juara, kedua Aznita Mohd Mohktar dan tempat ketiga milik Sarini Yusuf.