Kejohanan Tenis Remaja Terbuka MBPJ/Milo 2010

DSC_0089

Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan Persatuan Tenis Selangor menganjurkan Kejohanan Tenis Remaja Terbuka MBPJ/Milo 2010 di Petaling Jaya pada 5 hingga 9 Jun ini.

Timbalan Datuk Bandar, Puasa Md Taib berkata, kejohanan kali ke 21 itu diadakan sempena menyambut ulang tahun ke 4 Bandaraya Petaling Jaya.

Menurutnya, seramai 120 pemain remaja menyertai kejohanan ini termasuk penyertaan dari negara  India, Singapura dan Thailand.

“Kejohanan pada tahun ini melibatkan 5 kategori iaitu umur 10 tahun, 12 tahun, 14 tahun, 16 tahun  dan 18 tahun kebawah bagi perseorangan dan beregu remaja lelaki dan perempuan di mana penyertaan masih terbuka kepada remaja yang berminat,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat MBPJ,  pagi tadi.

Hadir sama Presiden Persatuan Tenis Selangor, Datuk Abdul Malik Mohd Salleh serta wakil penaja.

Puasa berkata semua kejohanan akan diadakan di Kompleks Sukan MBPJ, PKNS Kelana Jaya dan Astaka Petaling Jaya.

Menurutnya, MBPJ turut menjadi bapa angkat kepada 5 pasukan yang akan mewakili Selangor ke Sukma 2010 dalam acara badminton, skuasy, tenis, lumba basikal dan golf.

“Saya berharap dengan penganjuran ini akan  dapatmelahirkan ramai pelapis jaguh sukan negara khususnya dalam sukan tenis pada masa hadapan,” katanya.