Krisis catuan bekalan ubat di Hospital Melaka berlarutan

Krisis catuan bekalan ubat di Hospital Melaka berlarutan

MELAKA – Langkah melaksanakan catuan bekalan ubat, kata Khoo, merupakan sesuatu langkah yang tidak melakukan adil kepada warga Melaka.

Pada awal bulan ini dalam dewan persidangan DUN negeri Melaka, ADUN Ayer Keroh, Khoo Poay Tiong telah menimbulkan isu kekurangan bekalan ubat di Hospital Melaka dan menanya kerajaan negeri bagaimana sebuah negeri yang maju boleh dilanda dengan permasalahan kekurangan bekalan ubat di hospital dan klinik.

Beliau turut menanya bagaimana kerajaan negeri boleh mengatasi permasalahan ini dengan segera.

Dalam sidang media yang berlangsung semalam dibangunan Hospital Melaka, beliau telah memberitahu pemberita bahawa kerajaan negeri telah menjawab bahawa pihak hospital Melaka sedang melaksanakan catuan bekalan ubat sebagai salah satu langkah penyelesaian untuk menanangi krisis ini.

Dalam masa yang sama, Khoo juga mempertikaikan isu peruntukan ubat yang telah dikurangkan sebanyak RM6.39 juta daripada RM41.69 juta pada tahun 2011 ke RM35.30 juta di tahun ini memandangkan bilangan pesakit di Hospital Melaka meningkat dua hingga tiga peratus setahun pada puratanya.

Langkah melaksanakan catuan bekalan ubat, kata Khoo, merupakan sesuatu langkah yang tidak melakukan adil kepada warga Melaka.

Beliau turut mengibaratkan langkah catuan ini sepertimana yang berlaku di zaman pemerintahan Jepun.

Yang malangnya, langkah tersebut bukan sahaja buat menambahkan kerja kakitangan kakitangan pihak hospital malah amat membebankan pesakit pesakit yang terpaksa berulang alik untuk mendapatkan bekalan ubat yang mencukupi, kata beliau.

 

 

Azmi

Photographer