Rintihan mangsa banjir

Mazlan, 44 yang berkerja sebagai penyelia meluahkan perasaan, tidak mampu membayar duit pendahuluan dan tidak diluluskan pinjaman perumahan oleh bank dan  terpaksa menyewa bilik disebuah rumah di kampung laut, Skudai yang kini dinaiki air.

Menurut Mazlan, rumahnya yang di Kg Laut sebelum ini telah dirobohkan.

J.Shanker pula yang tiada sebelah kaki terpaksa kepusat bencana alam kerana hujan berterusan menyebabkan rumah kediamanya dinaiki air. Menurutnya, beliau masih menunggu rumah yang dijanjikan kepadanya.

 

Video by Vijaya Kumar Rahman, Citizen Journalist