Mangsa Projek Landasan Berkembar KTM di Johor.

Mangsa Projek Landasan Berkembar KTM di Johor.

Penduduk tanah KTM di Rengam, Johor telah menerima arahan untuk mengosongkan tanah yang mereka diami selama lebih 50 tahun.

Ini adalah untuk memberi laluan kepada projek raksasa pembinaan landasan berkembar fasa terakhir menghubungkan Gemas dan Johor Bahru sejauh 197km.

Kini masa depan penduduk-penduduk ini tidak terjamin oleh mana-mana pihak. Menurut YB
M.Asojan, Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Sumber Manusia, Sains, Teknologi Dan Inovasi Negeri Johor, penyelesaian kepada masalah ini masih dalam perbincangan dengan kerajaan negeri Johor.

Mangsa projek ini yang kebanyakkannya terdiri daripada golongan miskin dan tidak berpendapatan berharap kerajaan negeri Johor dapat memberikan pampasan dalam bentuk rumah kos rendah memandangkan mereka telah mendiami tanah itu dan membayar cukai tanah selama lebih lima dekad.

Human Right Party Malaysia (HRP), telah melancarkan kempen tanda tangan dan bertekad untuk membawa masalah ini kepada Menteri Besar Negeri Johor. 

Video by Saminathan Munisamy, Citizen Journalist

Avatar photo

Saminathan Munisamy

Saminathan is a citizen journalist and history buff who has been contributing to CJ.MY for many years. He has a deep interest in the labour and independence movements of colonial Malaya, and has extensively documented the life and legacy of trade union leader S.A. Ganapathy.