Pasca Ribut – 3 tahun selepas Kg. Baru Plentong Tengah

Pasca Ribut – 3 tahun selepas Kg. Baru Plentong Tengah

Selepas protes ke atas perobohan perumahan di Kampung Baru Plentong Tengah oleh penduduk kampung tersebut, terdapat penduduk yang telah berpindah ke penempatan baru yang terletak di Bandar Sri Alam, Taman Cendana dan sekitar Bandar Pasir Gudang. Walau bagaimanapun, terdapat juga beberapa keluarga yang dipindahkan ke kawasan penempatan baru yang terletak di pedalaman iaitu Kampung Bukit Dagang di Mukim Sungai Tiram.  

Selepas 3 tahun perpindahan mereka di Kampung Bukit Dagang, terdapat pelbagai permasalahan yang timbul seperti tiada bekalan air bersih dan elektrik serta jalan yang tidak berturap. Keselamtan mereka juga terancam kerana ketiadaan bekalan elektirk yang membekalkan tenaga elektrik untuk lampu jalan terutama pada waktu malam kerana kawasan kampung ini di kelilingi hutan.

Mereka dibebani lagi dengan masalah banjir apabila tiap kali hujan lebat turun yang menyebabkan kerugian pada harta benda dan keselamatan nyawa keluarga mereka. Di samping itu juga, mereka akan terputus hubungan untuk keluar dari kampung itu apabila satu-satunya jambatan yang menghubungkan Kampung Bukit Dagang dengan Pekan Ulu Tiram ditenggelami banjir.  Anak-anak mereka juga tidak ke sekolah kerana jambatan yang menghubungkan mereka ke Pekan Ulu Tiram ditenggelami banjir.

Video oleh : Jezz Anwar Mashhar & Wak Kang – Citizen Journalist Johor Bahru
Foto kredit Kg. Plentong : Timmy Fahmi

Vijay Kumar