Kejohanan badminton terbuka Malaysia di Johor Bahru

JOHOR BAHRU – Seramai 202 pemain dari 17 buah negara bertanding dengan 117 penyertaan tanpa sebarang kelibat pemain dari China turut menampilkan pemain nombor satu dunia, Lee Chong Wei.

Kejohanan badminton Yonex-Sunrise GP Emas Terbuka Malaysia sedang berlangsung di Stadium Tertutup Majlis Bandaraya Johor Bahru dari 2 May hingga 6 May 2012.

Lima kategori dipertandingkan iaitu perseorangan lelaki, perseorangan wanita, regu lelaki,regu wanita dan regu campuran bagi merebut hadiah kejohanan yang berjumlah USD 120,000 keseluruhan.

Seramai 202 pemain dari 17 buah negara bertanding dengan 117 penyertaan tanpa sebarang kelibat pemain dari China turut menampilkan pemain nombor satu dunia,Lee Chong Wei.

Antara pemain negara yang menjadi tumpuan pada kejohanan kali ini adalah Hafiz Hashim, Daren Liew dan pasangan regu Koo Kien Keat-Tan Boo Heong di samping ramai pemain muda dari luar dan dalam negara.

See also  HWUM students start charity football match for Fugees School

Kejohanan kali ini dijangka memberi laluan mudah pemain-pemain negara tanpa saingan pemain handalan yang didominasi negara China.

Amirull Salihing