Johor Bahru: Sambutan Hari Pekerja diganggu

JOHOR BAHRU – Pihak penganjur percaya bahawa tindakan MBJB bertujuan untuk menyukarkan dan menghalang orang ramai daripada menghadiri sambutan Hari Pekerja.

Penganjur sambutan Hari Pekerja di Johor Bahru berasa kesal dengan tindakan pihak berkuasa Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) dan polis bantuan yang telah menutup kawasan parkir serta dua lif di bangunan JOTIC dengan pita kuning, kelmarin.

Menurut penganjur, mereka telah menempah dewan se awal sebulan yang lalu sepertimana mengikut prosedur.

Pihak penganjur percaya bahawa tindakan MBJB bertujuan untuk menyukarkan dan menghalang orang ramai daripada menghadiri sambutan Hari Pekerja.

Wakil Ikram, Dr Ali Bin Abd Rahman, mengutuk tindakan ini dan menyatakan bahawa sambutan ini adalah hak pekerja.

Sambutan hari pekerja diadakan pada hari ini (6 Mei) untuk memudahkan lebih ramai orang datang ke pogram ini, tambah Dr. Ali.

Walaubagaimanapun, program sambutan kemudian diteruskan dengan beberapa persembahan kebudayaan dan ceramah berkaitan dengan perjuangan pekerja di negara ini.

Kesemua lapan NGO iaitu, Persahabatan Semparuthi dan Hindraf Johor , IKRAM Johor, Persatuan Ulama Malaysia, Persekutuan Persatuan-Persatuan Bekas Pelajar- Pelajar Sekolah-Sekolah Cina Johor, Jawatankuasa Perhubungan Negeri Johor Pusat Pembangunan Kebudayaan LLG, Persatuan Bekas Penuntut Taiwan Johor Bahru dan Jawatankuasa Kerja Sahabat Suaram (FOS) Johor dengan sebulat suara mengutuk tindakan MBJB.

 

Vijay Kumar