Piket NUBE: Sokongan teguh ahli

Piket NUBE: Sokongan teguh ahli

Sekembali dari MACC lebih kurang 500 ahli telah berkumpul di NUBE dan berarak ke Dataran Maybank di Bangsar. Walaupun hujan lebat namun ia tidak langsung mematahkan semangat mereka untuk berpiket meluahkan perasaaan hati mereka.

NUBE terpaksa meneruskan usaha Piket apabila tidak dapat berkompromi dengan Maybank  dan tindakan-tindakan Maybank bercanggah dengan hak kesatuan dan pekerja. Piket yang telah dirancang oleh NUBE telah diteruskan walaupun hujan lebat.

Semangat dan kekecewaan yang terpahat terhadap tindakan tidak adil Maybank terus dilaung-laungkan oleh ahli-ahli berpiket di menara Maybank Bangsar semalam(15hb Februari) pada pukul 3.00 petang hingga ke pukul 6.00 petang.

Kata-kata seperti  “Maybank  enzalimi pekerja”,Maybank Majikan Zalim, “Erosian Workers Rights in Malaysia”, “Indonesian Banking Unions Conderms Maybank Tyranny’ dan sebagainya terus ditayankan melalui sepanduk dan banner-banner.


Ahli-ahli NUBE telah berkumpul dipejabat NUBE seawal pukul 10.00pagi untuk menerima taklimat mengenai hak pekerja dan kesatuan serta kesan FTA (Perjanjian Perdagangan Bebas) kepada pekerja-pekerja.

Di samping membuat persembahan dikir barat yang membawa maksud bantahan mereka terhadap tindakan Maybank. Selepas itu pada pukul 2.00 petang ahli- ahli NUBE telah ke pejabat MACC untuk menyerahkan surat bantahan terhadap Maybank dan juga Kementerian Sumber Manusia.

Sekembali dari MACC lebih kurang 500 ahli telah berkumpul di NUBE dan berarak ke Dataran Maybank di Bangsar. Walaupun hujan lebat namun ia tidak langsung mematahkan semangat mereka untuk berpiket meluahkan perasaaan hati mereka.

Apatah lagi pihak pengurusan Maybank di Menara Maybank Bangsar cuba penghalang dan menghalau kehadiran wartawan dengan kamera.

 

Tujuan utama tindakan pertikaian ini ialah:

  • NUBE membantah tindakan pemecatan yang dilakukan terhadap dua pegawai NUBE, Naib President, Abdul Jamil Jalaludeen dan bendahari kehormat Chen KA Fatt pada 31hb Januari 2012  kerana menyertai mogok serta memegang sepanduk di ILO Geneva, NUBE memohon mereka ini  diambil kerja semula;

  • Meminta Maybank menghentikan sebarang tindakan memangsakan kesatuan/ union busting aktiviti termasuk memotong gaji pegawai kesatuan kerana mereka melakukan aktiviti kesatuan dan berkerjasama dengan NUBE untuk menyelesaikan pertikaian pekerja.

  • Mengesa Menteri Sumber Manusia untuk membatalkan pendaftaran kesatuan dalaman Maybank yang dibiayai oleh Maybank yang sememangnya bertentangan dengan Artikel 6 Perjanjian Bersama antara Maybank dan NUBE.



Mengikut NUBE walaupun isu-isu ini telah dimaklumkan kepada pihak berkuasa namun percanggahan pendapat yang ditunjukkan oleh pelbagai Jabatan kerajaan hanya memperlihatkan ketidaksungguhan mereka untuk menyelesaikan pertikaian ini.

Bagi menjaga kebajikan dan keutuhan kesatuan maka NUBE telah memutuskan untuk meneruskan tindakan ini dengan membuat laporan kepada MACC, mendesak agar pelanggaran hak pekerja dan hak kesatuan oleh Maybank ini disiasat di samping kelemahan Kementerian Sumber Manusia, Jabatan Perhubungan Perusahaan, Jabatan Kesatuan Sekerja dan SUHAKAM  disiasat.


NUBE juga mengharapkan agar perkara ini akan dibawa kepada perhatian Perdana Menteri dan orang awan,  yang Maybank telah melakukan pelbagai pelanggaran hak pekerja termasuk undang-undang Antarabangsa(ILO)-Konvensyen 1998, Perlembagaan Persekutuan, Deklarasi Hak Kemanusiaan Antarabangsa(The Universal Declaration of Human Rights), Akta Perhubungan Perusahaan 1967 dan Akta Kesatuan Sekerja 1959.


Ahli-ahli NUBE berpiket dalam hujan lebat itu memakai topi daun mengkuang, disamping melilit reben hitam di dahi yang berbunyi “We fight injustice” dan memegang serta melayangkan belon yang berbunyi “Maybank Zalimi Pekerja”. Piket ini juga telah disertai oleh ahli-ahli wanita NUBE dengan penuh semangat.