Syarikat Air Melaka peruntuk RM145 juta bagi perbelanjaan operasi

Syarikat Air Melaka peruntuk RM145 juta bagi perbelanjaan operasi

Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) memperuntukkan RM145 juta bagi perbelanjaan operasi dan RM14 juta untuk pengurusan pada tahun ini untuk memperkukuh dan memantapkan operasi dan pengurusan bekalan air di negeri ini.

Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) memperuntukkan RM145 juta bagi perbelanjaan operasi dan RM14 juta untuk pengurusan pada tahun ini untuk memperkukuh dan memantapkan operasi dan pengurusan bekalan air di negeri ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata SAMB dijangka dapat memenuhi bekalan air bagi sektor industri dan domestik sehingga 2018.

“Kemampuan membekalkan air yang mencukupi bagi memenuhi perkhidmatan bekalan air merupakan matlamat utama yang perlu dicapai oleh SAMB,” kata beliau ketika berucap pada majlis perasmian Wisma Air SAMB berharga RM35 juta, di Jalan Hang Tuah semalam.

Beliau berkata kewujudan syarikat-syarikat di negeri itu seperti Sunpower, Petronas, Konica Minolta dan kem tentera serta hospital memerlukan jumlah bekalan air yang besar.

See also  ASIAWATER tackles water security challenges in SEA

“Kesemua pengguna ini membayar sebanyak RM3.6 juta setiap bulan,” katanya.

Beliau berkata pada tahun depan projek-projek bernilai RM200 juta dijangka siap termasuk pembinaan kolam takungan bernilai RM36 juta dan projek pembinaan loji air Fasa 2 di Empangan Durian Tunggal yang merangkumi pembinaan pam air mentah.

Projek-projek lain ialah loji rawatan air bersih, penanaman paip agihan ke Sungai Udang serta penanaman paip agihan di Duyung, dekat sini.

Beliau yang juga Pengerusi SAMB berkata pihak pengurusan SAMB perlu bertindak sekarang untuk merancang membangunkan sumber air mentah baru bagi memastikan bekalan air di Melaka mampan serta mencukupi sehingga 2025.

“Antaranya pembinaan empangan air di Sungai Jernih dan Gadek di Alor Gajah,” kata beliau dan menambah bahawa projek empangan air di Alor Gajah dengan kos RM120 juta dijangka bermula tidak lama lagi dan dijadualkan siap 2017.

See also  Air Itam Dam low on water, PBAPP urges conservation 

Projek di Gadek masih dalam perancangan dan akan dilaksanakan selepas projek di Sungai Jernih siap.

Beliau berkata Melaka menduduki tangga kedua selepas Pulau Pinang bagi kadar air tidak terhasil iaitu pada kadar 26 peratus berbanding Pulau Pinang pada kadar 19 peratus.

SAMB memiliki aset bernilai RM150 juta termasuk Bangunan Graha Maju yang kini disewakan kepada Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Kolej Profesional Mara.

– Bernama