PAS: Pemimpin matang, rakyat matang

JOHOR – Pemuda PAS Johor sangat tertarik dengan pendekatan politik baru yang memberi tumpuan kepada politik hujah mengatasi politik emosi yang telah dipamerkan oleh sebahagian pemimpin politik di negara kita melalui siri perdebatan yang telah dilaksanakan. [VIDEO]

Pemuda PAS Johor sangat tertarik dengan pendekatan politik baru yang memberi tumpuan kepada politik hujah mengatasi politik emosi yang telah dipamerkan oleh sebahagian pemimpin politik di negara kita melalui siri perdebatan yang telah dilaksanakan.

Ketika temubual dengan ketua dewan pemuda PAS Johor Suhaizan Kaiat berkata, “Bilamana pemimpin memulakan politik secara matang, rakyat akan matang, kita akan membangunkan negara kita dengan pesat pada masa akan datang”.

Tambah beliau, siri perdebatan yang telah dijayakan, pertamanya adalah perdebatan dua pemimpin masyarakat Cina iaitu Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, bersama Presiden Gerakan Dr Koh Tsu Koon.

Keduanya perdebatan antara Lim Guan Eng dan presiden MCA Dr Chua Soi Lek.  Ketiganya Khairy Jamaluddin dan Rafizi Ramli dalam isu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Beliau berharap perdebatan diantara Ahli Parlimen Kubang Kerian Salahuddin Ayub, bersama Menter Besar Johor Abdul Ghani Othman tentang isu tanah rakyat Johor akan dijalankan.

 

Avatar photo

Lee-Jean Fung

Lee-Jean is a citizen journalist, who actively promotes laughter as the best medicine. She lives in Johor Bahru.