Air longkang juga dikenakan caj?

Pesuruhjaya PAS Melaka Adly Zahari mempertikaikan tindakan Badan Kawal Selia Air Melaka (BKSAM) yang mengenakan caj terhadap pengambilan atau abstraksi air mentah yang telah diwartakan oleh kerajaan negeri pada 21 Jun 2012.

Contoh air mentah dari sumber air yang akan dikenakan caj adalah seperti air bumi, empangan, air sungai, anak sungai, terusan, air bawah tanah, telaga, longkang, parit, dan parit buatan. Selain air yang dibekalkan oleh Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) dengan cara mengambil, menyedut, mengepam, menggali atau menggunakan apa kaedah sekalipun bagi tujuan industri ataupun komersial perlu mendapatkan lesen daripada (BKSAM).

Ini menjadi persoalan kepada industri komersial seperti pertanian, perternakan lembu dan kambing serta  perniaga-perniaga pasar malam yang terlibat dalam penggunaan air mentah ini.

Menurut Adly, sekiranya mereka ini tidak memaklumkan atau menyembunyikan perkara ini dari pengetahuan BKSAM, pihak BKSAM akan mengenakan denda di bawah Seksyen 11 Enakmen Pembekalan Air (Negeri Melaka) 2002 dan jika tidak memiliki lesen yang sah akan dikenakan denda sebanyak RM300,000 atau penjara tidak melebihi 7 tahun atau kedua-duanya sekali bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan itu dilakukan.

Berikut adalah kadar bayaran atau caj yang dikenakan oleh BKSAM iaitu Fi proses bagi mendapatkan lesen berjumlah RM150 bagi setiap lesen, yuran lesen tahunan berjumlah RM350 bagi setiap lesen manakala caj abstraksi air untuk industri dan komersial mengikut RM0.08 bagi setiap meter padu air.

Azmi

Photographer