Ops bersepadu JPJ: 97 kenderaan dikenakan tindakan

Ops bersepadu JPJ: 97 kenderaan dikenakan tindakan

Sebanyak 97 kenderaan dikenakan tindakan atas pelbagai kesalahan lalu lintas dalam Operasi Bersepadu di Jalan Kuantan-Gambang, dekat tanah Putih, malam tadi.

Sebanyak 97 kenderaan dikenakan tindakan atas pelbagai kesalahan lalu lintas dalam Operasi Bersepadu di Jalan Kuantan-Gambang, dekat tanah Putih, malam tadi.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri Datuk Zakaria Man berkata dalam operasi bermula 9 hingga 12 malam itu, sebanyak 548 kenderaan diperiksa.

“Daripada jumlah tersebut, 51 kes melibatkan kereta manakala 46 buah motosikal dikenakan tindakan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata antara kesalahan ialah tidak memiliki lesen memandu dan tidak mempunyai cukai jalan.

“Selain itu, kesalahan teknikal yang dikesan termasuk penggunaan nombor pendaftaran tidak mengikuti speksifikasi JPJ dan pemakaian cermin gelap,” katanya.

Zakaria berkata operasi itu turut melibatkan pelbagai agensi lain termasuk Cawangan Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang, Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan, Agensi Anti Dadah Kebangsaan dan pasukan Rela.

See also  Dangerous junction in Air Itam raises concerns

– Bernama