Keadaan trafik perlahan sempena Aidiladha

Keadaan trafik perlahan sempena Aidiladha

Di ibu kota pula trafik bergerak lancar berikutan kebanyakkan warga kota sudah pulang ke kampung halaman masing-masing bagi menyambut Aidiladha.

Keadaan trafik di beberapa lebuh raya pada malam ini dilaporkan bergerak perlahan selepas warga kota pulang bercuti sempena sambutan Hari Raya Aidiladha esok.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata kawasan-kawasan tersebut adalah di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) pula dari Plaza Tol Gombak ke Bentong dan ke Plaza Tol Karak, serta dari Jambatan Sungai Pahang ke R&R Temerloh.

Sementara itu, Lebuhraya New Klang Valley Expressway (NKVE) dari Subang ke
Damansara trafik dilaporkan lancar.

Jurucakap PLUSLine pula memberitahu Bernama beberapa kawasan di Lebuhraya Utara Selatan kini bergerak perlahan di lebuh raya akibat daripada beberapa kemalangan kecil yang berlaku.

“Trafik bergerak perlahan dari Tapah ke Gopeng, sedikit perlahan di Persimpangan Slim River menuju ke Sungkai dan di Pulau Pinang trafik perlahan sebelum masuk dan keluar di Tol Juru.

“Trafik dari ibukota ke utara perlahan kerana berlakunya kemalangan di kawasan berhampiran tol Rawang di sebelah lorong kanan jalan, namun keadaan terkawal,” katanya.

Sementara ke selatan, trafik perlahan dari Nilai ke Seremban, Senai ke Kulai, dan sekitar Pagoh, sementara kawasan-kawasan lain trafik bergerak lancar seperti biasa.

Di ibu kota pula trafik bergerak lancar berikutan kebanyakkan warga kota sudah pulang ke kampung halaman masing-masing bagi menyambut Aidiladha.

— Bernama