Exco Kelantan: Rakyat Kelantan berhak mendapat royalti

KOTA BHARU: Ucapan pengerusi jawatan kuasa pertanian, industri desa dan bioteknologi selaku Adun Wakaf Bharu Che Abdullah Mat Nawi semasa di majlis penyampaian sumbangan kepada fakir miskin tajaan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK).

Beliau menegaskan bahawa royalti minyak adalah hak rakyat Kelantan.

Melalui perjanjian Kerajaan negeri Kelantan dengan Petronas, dan Petronas dengan Kerajaan Malaysia, dimana pulangan dari pengeluaran, pemprosesan dan perdagangan petroleum dalam Akta Pembangunan Petroleum 1974, sebanyak 5% hendaklah di pulangkan kepada kerajaan negeri Kelantan.