Majlis anugerah hak asasi manusia Suhakam

Majlis anugerah hak asasi manusia Suhakam

Suhakam akan menganjurkan acara tahunan Majlis Anugerah Hak Asasi Manusia bersempena dengan sambutan Hari Hak Asasi Manusia Sedunia pada hari Sabtu 10 Disember 2011.

Oleh Suhakam

Salam Sejahtera & Salam Hak Asasi Manusia!

Sukacita dimaklumkan bahawa Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) akan menganjurkan acara tahunan Majlis Anugerah Hak Asasi Manusia bersempena dengan sambutan Hari Hak Asasi Manusia Sedunia pada hari Sabtu 10 Disember 2011.

Sehubungan dengan itu, kami memohon jasa baik tuan/puan/rakan-rakan media untuk menyiarkan maklumat mengenai Anugerah ini melalui akhbar / stesen radio / tv dan Pusat Maklumat Rakyat.

Hebahan ini diharap dapat membantu SUHAKAM mendapatkan sebanyak pencalonan yang mungkin daripada semua pihak (individu/NGO/Kerajaan serta Media) bagi menjayakan Majlis anugerah yang julung-julung kalinya diadakan ini.

Kerjasama serta perhatian semua amat dihargai dan kami dahului dengan ucapan jutaan terima kasih

See also  Gelly Wee: Bridal bliss with record-breaking event