Rumah hangus dijilat api di Hulu Baram

Rumah hangus dijilat api di Hulu Baram

Sebuah rumah hangus dijilat api di Long Lamai, Ulu Baram, Sarawak kira-kira pukul 5.30 petang pada 23 Oktober 2011.

Sebuah rumah hangus dijilat api di Long Lamai, Ulu Baram, Sarawak kira-kira pukul 5.30 petang pada 16 Oktober 2011.

Mangsa kebakaran rumah Adree Philip, 30, Emelda Winnie Herris, 22 dan Clerance Azhazhel Zaquan Adree, 2, tidak cedera di dalam insiden ini.

Menurut pemilik rumah tersebut, Adree, beliau dan keluarganya keluar seketika untuk melihat orang bermain sepak takraw di gelanggang yang terletak kira-kira 100 meter dari rumah mereka.

Orang ramai hanya sedar kebakaran telah berlaku setelah rumah tersebut hangus dijilat api.

Menurut Adree lagi, semua dokumen pentingĀ  termasuk sijil kelahiran, kad pengenalan dan sijil-sijil sekolah tidak dapat diselamatkan.

Kebakaran yang telah menyebabkan keluarga mangsa tinggal sehelai sepinggang ini adalah insiden ketiga di Long Lamai dalam jangka masa 50 tahun.

Pihak kampung telah meminta jasa baik kerajaan untuk membantu keluarga mangsa kerana mangsa tinggal di kawasan pedalaman.

Setiap kali insiden sebegini berlaku, masyarakat kampung terpaksa menagih simpati orang ramai kerana pihak yang bertanggungjawab tidak pernah membantu.

Gayut Lim