Belia disaran sertai askar wataniah

Belia disaran sertai askar wataniah

Golongan belia disaran menyertai pasukan Askar Wataniah bagi mengelakkan mereka hilang arah dan terjerumus dalam pelbagai aktiviti negatif.

Copyright © 2009 Askar Wataniah Kementerian Pertahanan Malaysia

Golongan belia disaran menyertai pasukan Askar Wataniah bagi mengelakkan mereka hilang arah dan terjerumus dalam pelbagai aktiviti negatif.

Timbalan komander Regimen 501 Askar Wataniah Leftenan Kolonel Ishak Ismail berkata selain menerapkan tahap disiplin yang tinggi, pasukan keselamatan sukarela itu dapat memberikan ilmu ketenteraan yang berguna kepada anggotanya.

“Ilmu-ilmu ketenteraan itu boleh dipakai dalam kehidupan harian mereka,” katanya sambil menambah perasaan persaudaraan dan jati diri amat tinggi di kalangan anggota pasukan wataniah.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Pertandingan Menembak Jawatankuasa Pendukung Askar Wataniah (JAKPAW) 2011 di Lapang Sasar Pusat Latihan Tempur Tentera Darat (PULADA), Ulu Tiram semalam.

Meskipun pasukan wataniah itu disertai oleh penjawat awam dan swasta, katanya keanggotaan pasukan tersebut juga terdiri daripada mereka yang masih belum bekerja.

See also  MCTF champions sustainability for future workforce

Sementara itu, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Obet Tawil yang merasmikan pertandingan itu berkata kerajaan negeri sentiasa menggalakkan penjawat awam negeri menyertai pasukan askar wataniah.

Menurutnya, Johor telah bekerjasama dengan Rejimen 501 selama lebih 16 tahun untuk mempromosikan pasukan itu di kalangan penjawat awam negeri.

Beliau yang juga Kolonel Kehormat dan juga pengerusi JAKPAW berkata kerajaan negeri mensasarkan untuk mencapai nisbah dua askar wataniah bagi setiap anggota tentera yang ada di negeri itu menjelang 2020.

“Ini akan memperkuatkan lagi rejimen ini dan membolehkan anggotanya lebih bersedia dalam apa jua panggilan tugas jika diperlukan,” katanya.

Menurutnya, Rejimen 501 telah menjadi anak angkat kerajaan negeri sejak 28 Okt, 1995 di 26 kawasan parlimen yang mempunyai pasukan askar wataniahnya masing-masing.

See also  MCTF champions sustainability for future workforce

Turut hadir pada pertandingan tersebut ialah Komander Rejimen 501 (AW), Brig. Jen. Tajuddin Joned.

– Bernama