Pembinaan jalan utama Karamunsing mengaibkan pengguna

Pembinaan jalan utama Karamunsing mengaibkan pengguna

Penduduk mempersoalkan mengapa Jabatan Kerja Raya (JKR) tidak memastikan kontraktor terbabit tidak mempercepatkan kerja-kerja tersebut dengan memanjangkan masa kerja, menambahkan tenaga kerja dan peralatan bagi pembinaan jalan yang jaraknya hanya beberapa kilometer.

Hiew (kanan) ditemani oleh Ketua DAP Cawangan Elopura Johnny Tan.

Pembinaan jalan raya utama Karamunsing yang masih belum disiapkan sejak tiga tahun lalu menimbulkan rasa jengkel dan kecewa di kalangan penduduk persekitaran.

Penduduk di kawasan ini kecewa kerana kelambatan pembinaan dan keadaan sesetengah bahagian jalan tersebut yang berada dalam keadaan yang mengaibkan menyebabkan ketidakselesaan dan kesesakan lalulintas kepada pengguna jalanraya.

Masalah ini disuarakan oleh penduduk kawasan Karamunsing kepada Ahli Parlimen Kota Kinabalu, Dr Hiew King Cheu yang membuat lawatan ke kawasan terbabit, baru-baru ini.

Hiew member kenyataan bahawa sekiranya dibandingkan dengan beberapa siri lawatan yang terdahulu hanya terdapat sedikit sahaja perkembangan dalam pembinaan jalan ini.

“Terdapat banyak lagi kerja-kerja yang perlu dilakukan seperti perparitan, tapak jalan dan lapisan atas berturap,” ujar Hiew.

See also  High divider accident raises safety concerns in Shah Alam

Penduduk kawasan ini juga mempersoalkan Jabatan Kerja Raya (JKR) yang tidak memastikan kontraktor menyiapkan kerja-kerja pembinaan tanpa memanjangkan masa kerja, kata Hiew

“Tempoh masa kontrak tersebut tentunya telah tertangguh dan memasuki tambahan masa. Kami berpendapat bahawa lanjutan masa telah diberikan kepada kontraktor.”

Hiew juga berpendapat bahawa jalan tersebut tidak dibina dengan baik dan tidak akan dapat menampung beban berat lori untuk jangka masa yang panjang. Malah, beliau juga menyatakan penduduk kawasan ini tidak mahu jalan tersebut menerima nasib yang sama seperti jalan lain di Sabah.

 

Gary Louis Supi