Pencak silat di Pasir Gudang sempena Awal Muharram

PASIR GUDANG – Persatuan Silat Seni Sendeng Panji Johor telah mempersembahkan pencak silat di antara persatuan silat seluruh Malaysia sempena sambutan ini.

Majlis Pencak Silat Sempena Awal Muharram 1434 Hijrah berlangsung di Padang Kampung Cahaya Baru, Pasir Gudang.

Persatuan Silat Seni Sendeng Panji Johor telah mempersembahkan pencak silat di antara persatuan silat seluruh Malaysia sempena sambutan ini.

Pencak silat ini  berasal dari Semerah Batu Pahat dan diadakan setiap tahun pada tanggal 10 Muharram kalendar Hijrah dan diasaskan oleh Allahyarham Radin Haji Ismail di Sarang Buaya, Batu Pahat.

Learn. Publish. Earn.

Got a story like this in you?

Learn citizen journalism with AI tools, get published on cj.my, and earn up to RM100 per story.

See Training Dates

From RM350 · Starting July 2026 · KL / JB / Penang

Selepas ketiadaan almarhum, majlis ini diadakan secara giliran di antara persatuan silat seluruh Malaysia di bawah naungan persilatan panji.

Terdapat 13 persatuan silat yang menghadiri majis ini.  Antara mereka adalah Persatuan Seni Silat Sendeng Panji , Persatuan Silat Kalimah Malaysia, Peradin Cimande, Lian Padukan, Abjad, Silat Harimau Berantai, Kota Sendeng dan sebagainya.

See also  World Cup 2026: The Mamak Guide to watching every match

Menurut pengerusi persilatan panji, Rohanezuan majlis ini bukanlah satu pertandingan atau ingin menunjuk kehebatan di antara pesilat tetapi untuk mengeratkan silaturahim antara persatuan silat seluruh negara dan untuk memupuk semangat juang yang tinggi antara pesilat.

Beliau berharap dengan adanya program seperti ini akan dapat menarik minat anak muda untuk menyertai dan dapat mengelakkan remaja terlibat dengan gejala sosial yang berada pada tahap membimbangkan pada masa kini.

Azizan Yunus