Ali XPDC lancar kelab fotografi Johor

JOHOR – Mohd Ali bin Ismail atau lebih dikenali sebagai Ali XPDC atau Ali Terra Rosa telah melancarkan sebuah kelab seni fotografi iaitu Alternative Photography Club Johor.

Mohd Ali bin Ismail atau lebih dikenali sebagai Ali XPDC atau Ali Terra Rosa telah melancarkan sebuah kelab seni fotografi iaitu Alternative Photography Club Johor pada satu slot di Ekspressi Anak Muda Himpunan Kebangkitan Rakyat peringkat negeri Johor yang diadakan di Dataran Parit Saleh Ros, Batu Pahat petang semalam.

Alternatif Photography Club sebelum ini telah dilancarkan oleh Dewan Pemuda PAS Pusat ketika muktamar PAS di Kelantan baru-baru ini.

Menurut Mohd Salleh Tamjis, Pengerusi Jabatan Kesenian, Kebudayaan dan Rekreasi Dewan Pemuda PAS Johor, kelab ini terbuka kepada semua yang memiliki kamera  dan breminat dalam seni fotografi terutamanya untuk golongan muda.

Ketika pelancaran di Johor semalam, pihak APC telah membuka pendaftaran untuk keahlian dan seramai 50 orang terawal akan mendapat sehelai baju kelab disamping berpeluang menyertai pertandingan fotografi bersempena Himpunan Kebangkitan Rakyat semalam.

Kumpulan konvoi memasuki kawasan Dataran Rakyat Parit Saleh Ros

“Kita juga akan mengadakan aktiviti mengambil diluar atau di sebut ‘outdoor photography’ di tempat-tempat menarik bersama beberapa ikon seperti Ustaz Azhar Idrus dan Sham Kamikaze pada masa akan datang,” kata Mohd Salleh.

Slot Ekspressi Anak Muda bermula jam 3 petang telah mengadakan beberapa acara antaranya konvoi motosikal, basikal dan kereta, pertandingan motosikal berhias, pertandingan fotografi , pameran dari beberapa NGO dan persembahan artis jemputan.

Antara artis yang membuat persembahan ialah Rahmat Haron, Nik Jidan dan Ali Terra Rosa.

Ali XPDC turun pentas untuk menyanyi bersama peminat

 

Nik Jidan menyanyi sambil bermain gitar dan harmonika
Rahmat Haron ketika membaca puisi bertajuk Tanah Air

Amirull Salihing