SPRM Kedah bukan 26 kertas siasatan sejak Januari

SPRM Kedah bukan 26 kertas siasatan sejak Januari

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah membuka 26 kertas siasatan berhubung kes rasuah bermula Januari hingga 22 Sept tahun ini yang melibatkan pegawai kerajaan kumpulan pengurusan dan profesional, kumpulan sokongan, pekerja sektor swasta dan orang awam.

Pengarah SPRM Kedah Mohamad Yusoff Akope berkata dalam tempoh itu, SPRM menerima 600 maklumat berhubung rasuah dan hanya 339 maklumat yang boleh diklasifikasi sebagai kes berunsur rasuah.

Beliau berkata daripada jumlah itu pihaknya menahan 12 orang melibatkan dua pegawai kumpulan pengurusan dan profesional, lima penjawat awam kumpulan sokongan dan lima orang awam melibatkan nilai rasuah berjumlah RM92,506.

“Satu tangkapan melibatkan kes orang awam yang memberi rasuah kepada penjawat awam dan akan dikenakan tindakan di bawah Seksyen 17B Akta SPRM 2009.

“Kami juga mengalu-alukan penjawat awam supaya membuat aduan segera jika terdapat orang awam yang cuba memberi rasuah kepada mereka dalam usaha SPRM membanteras rasuah di kalangan penjawat awam di negara ini,” katanya ketika
ditemui pada Majlis Sambutan Aidilfitri SPRM di Bangunan Persekutuan di sini hari ini.

Mohamad Yusoff berkata pada tahun ini sebanyak 14 pertuduhan dibuat terhadap 10 individu melibatkan kes tahun sebelum ini dan kes semasa.

– Bernama