51 premis restoran abai kebersihan diarah tutup

51 premis restoran abai kebersihan diarah tutup

Antara kesalahan dikesan semasa pemeriksaan seperti sistem saluran sisa makanan dalam longkang tersumbat menyebabkan sisa terkumpul sekaligus tidak mematuhi syarat ditetapkan dibawah akta makanan 1983, ujar Timbalan pemangku pengarah jabatan kesihatan Majlis Perbandaran Klang (MPK), Amran Jali.

Sebanyak 72 premis restoran telah diperiksa sejak Disember tahun lalu hingga Julai tahun ini, ujar Timbalan pemangku pengarah jabatan kesihatan Majlis Perbandaran Klang (MPK), Amran Jali.

Katanya, daripada jumlah itu, sebanyak 51 premis restoran diarahkan tutup serta merta setelah didapati mengabaikan kebersihan.

Mengulas lanjut mengenai operasi itu, Amran berkata pemeriksaan mengejut disertai penguatkuasa pihak berkuasa tempatan (PBT) itu bersama Jabatan Kesihatan Klang turut menjumpai lipas hidup dan najis tikus di dapur premis tersebut.

” Ini merupakan operasi kebersihan ke 9 dijalankan antaranya di sekitar Sungai Kapar Indah, Pekan Meru, Pelabuhan Klang dan Jalan Istana,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan operasi di salah sebuah premis restoran di Andalas, lewat petang semalam.

See also  CAP calls for shorter hours for eateries to combat obesity

 

“Sebanyak 10 premis kedai makan dan restoran diperiksa manakala dua notis penutupan dikenakan terhadap pengusaha premis yang dikesan tidak mematuhi syarat.

Berdasarkan sistem penggredan jabatan kesihatan, kedua-dua premis diarahkan tutup setelah pemeriksaan mendapati markah dibawah 50.

Amran berkata, antara kesalahan dikesan semasa pemeriksaan seperti sistem saluran sisa makanan dalam longkang tersumbat menyebabkan sisa terkumpul sekaligus tidak mematuhi syarat ditetapkan dibawah akta makanan 1983.

“Pengusaha premis diberi tempoh dua minggu untuk membersihkan premis dan boleh mengemukakan surat

rayuan kepada jabatan kesihatan daripada tarikh notis dikeluarkan sekiranya mahu premis beroperasi semula,” katanya.

Amran berkata tindakan serta pemantauan penguatkuasa pihak berkuasa tempatan (PBT) akan terus dilakukan dalam tempoh notis yang diberikan.

See also  Silent threat: Early detection key in beating oral cancer

“Sekiranya mereka gagal mematuhi syarat ditetapkan atau meneruskan operasi tanpa kebenaran, tindakan mahkamah termasuk pembatalan lesen atau permohonan lesen untuk peringkat selanjutnya akan dibatalkan serta merta,” tegasnya.