Pekerja Nepal tidak dibayar gaji dan dihalau dari asrama

SUBANG JAYA -Seramai 33 pekerja Nepal telah dberhentikan kerja tanpa sebarang pampasan oleh syarikat elektronik yang berlokasi di Shah Alam. Mereka juga tidak dibayar gaji sejak Disember 2012 dan kini dihalau dari asrama.

Mohd Khalid Atan, Presiden MTUC bersama-sama pekerja-pekerja Nepal.

Seramai 33 pekerja asing dari Nepal telah ditamatkan kerja tanpa sebarang pampasan oleh sebuah syarikat elektronik di Shah Alam.

Pekerja-pekerja ini juga tidak dibayar gaji sejak Disember 2012.

Pekerja-pekerja ini telah berhimpun di bangunan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) di Subang  untuk meluahkan masalah mereka dan menuntut keadilan.

Presiden MTUC, Mohd Khalid Atan  menyatakan kekesalan terhadap apa yang telah berlaku dan menuntut supaya keadilan yang saksama diberikan kepada pekerja-pekerja ini.

Beliau juga menyatakan bahawa semua pekerja ini, tidak kira pekerja asing ataupun tempatan mempunyai hak yang sama iaitu “hak universal” dan juga hak mengikut undang-undang serta perjanjian bersama (collective agreement).

Pekerja-pekerja ini dengan bantuan MTUC telah menfailkan kes di pejabat perhubungan perusahaan di Shah Alam pada Februari 18, 2013.

Pekerja-pekerja ini juga telah membuat laporan polis pada Februari 1.

Berikutan masalah ini, pekerja-pekerja tersebut telah dihalau dari asrama.

Majikan pekerja-pekerja ini juga telah mengarahkan mereka pulang ke negara asal dengan kosnya dibiayai oleh mereka sendiri.

Pekerja-pekerja ini hanya dibayar RM546 sebulan, sebelum ia ditahan sejak 2 bulan lalu.

Menurut pegawai MTUC, Moses Singam, majikan harus memberi penyata gaji mereka dan menyatakan dengan jelas jenis pemotongan yang dilakukan, kerana pekerja-pekerja ini tidak tahu mengenai pemotongan yang dilakukan.

MTUC juga menghadapi kesukaran menuntut keadilan kerana tiada bukti yang sah untuk ditunjukkan pada pihak tertentu apabila ingin menuntut keadilan dari majikan yang tidak bertanggungjawab ini, kata Moses.

 

Pegawai MTUC, Moses Singam

Rajeswari