Hidup ibu tunggal dan keluarganya amat daif

 

Keadaan persekitaran rumah. Pintu masuk ke rumah Maslati terletak di sebelah kiri tetapi terhalang pandangannya oleh dinding. Kelihatan juga Lani sedang meninjau rumah tersebut.

 

Seorang wanita yang berusia lewat 40, terpaksa mengharungi keperitan hidup selepas suaminnya meninggal dunia tujuh tahun yang lepas.

Perkara ini diceritakan oleh Pengerusi Pasukan Kepolisian Masyarakat Kampung Cempaka satu Likas, Lani Momin, kepada Citizen Journalist Malaysia (CJMY) yang berkunjung ke tempat itu baru-baru ini.

Lani berkata, wanita itu yang bernama Maslati Bte Maujun, berada dalam keadaan ketidaktentuan hidupnya sejak suaminya meninggal.

Pemakanannya juga tidak teratur dan seringkali diserang penyakit gastrik menyebabkan beliau sentiasa kelihatan uzur.

Walaupun bekerja sebagai amah, pendapatan sebanyak RM300 sebulan masih tidak cukup untuk belanja keperluan harian.

Di samping itu, beliau juga terpaksa menampung beberapa orang anaknya yang masih belum mendapat sebarang pekerjaan.

Jumlah anak Maslati adalah seramai tujuh orang tetapi ada diantara mereka yang tinggal menumpang di tempat saudara mara.

Anaknya yang sulung kini berusia 28 tahun dan sudah bekerja, tetapi gaji yang diterima juga tidak tinggi dan hanya mampu menyara hidupnya seorang, kata Lani.

Anaknya yang paling bongsu kini berusia 13 tahun.

“ Kesemua anak-anaknya tidak pernah bersekolah kerana keadaan hidup orang tuanya yang miskin. Jadi mereka sukar dapat pekerjaan gaji tinggi. Orang-orang kampung adakalanya bermurah hati membantu dan memberikan makanan,”

“Tetapi tidak banyak yang boleh dibantu sebab orang-orang kampung disini juga susah,” kata Lani sambil mengharapkan ada orang tampil membantu selepas pendedahan ini.

Kunjungan CJMY ke rumah Maslati untuk menemuramah serta melihat keadaan diri dan anak-anaknya  amat mengharukan kerana beliau baru saja keluar ke hospital.

Anak-anaknya juga tiada di rumah untuk ditemuramah.

CJMY sempat meninjau keadaan tempat tinggalnya dan mendapati ruang tempat keluarga ini amat daif.

Ruang kecil  tempat keluarga ini berteduh juga berfungsi sebagai ruang tamu, bilik tidur serta dapur memasak.

Sesiapa yang ingin menghulurkan bantuan boleh menghubungi Lani Momin di talian 019-5352000.

Beginilah keadaan ruang tempat tinggal Maslati dan anak-anaknya.

 

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE