JPJ tubuh 20 pasukan rondaan untuk pantau jalan raya Pulau Pinang

JPJ tubuh 20 pasukan rondaan untuk pantau jalan raya Pulau Pinang

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang menubuhkan 20 kumpulan ronda yang bertugas di laluan utama dan laluan berisiko kemalangan di negeri ini bagi mengurangkan kadar kemalangan sepanjang musim perayaan ini.

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang menubuhkan 20 kumpulan ronda yang bertugas di laluan utama dan laluan berisiko kemalangan di negeri ini bagi mengurangkan kadar kemalangan sepanjang musim perayaan ini.

Pengarahnya Hassan Yaccob berkata tujuan rondaan dan penguatkuasaan yang dijalankan 24 jam sehari itu ialah supaya pemandu sedar dengan kehadiran anggota JPJ di jalan raya.

“Tahun lepas kita turut mengadakan rondaan dan berjaya mengurangkan kadar kemalangan sehingga 17 peratus dan saya yakin tahun ini peratusan kemalangan akan menurun,” katanya pada sidang akhbar sempena Ops Hari Raya Aidilfitri 2011 hari ini.

Katanya rondaan secara kekerapan yang lebih dijalankan terhadap 12 jalan di Pulau Pinang yang kerap berlaku kemalangan maut.

See also  High divider accident raises safety concerns in Shah Alam

“Jalan-jalan berkenaan ialah Jalan Chain Ferry, Bumbung Lima, Lebuhraya Bertam, Sungai Dua, Jalan Baru Prai, Nibong Tebal, Lebuhraya  Jawi, Juru, Jambatan Pulau Pinang, Jalan Tun Sardon dan Bayan Lepas,” katanya.

Hassan berkata pihaknya turut menempatkan anggota penguatkuasa di dua terminal bas utama iaitu di Terminal Bas Sungai Nibong dan Terminal Sementara Penang Central Butterworth untuk membuat pemeriksaan bas-bas ekspress.

Selain itu JPJ turut membuat penguatkuasaan secara menyamar sebagai penumpang bas ekspres bagi memastikan pemandu mematuhi peraturan jalan raya.

Katanya seramai 220 anggota JPJ Pulau Pinang akan bertugas sepanjang Ops Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

– Bernama