Aduan perkhidmatan jalur lebar meningkat

Aduan perkhidmatan jalur lebar meningkat

Kadar penembusan jalur lebar di negara ini semakin meningkat, namun prestasinya dianggap merundum berdasarkan peningkatan aduan pengguna bagi tempoh dua tahun lepas.

Kadar penembusan jalur lebar di negara ini semakin meningkat, namun prestasinya dianggap merundum berdasarkan peningkatan aduan pengguna bagi tempoh dua tahun lepas.

Pengarah Eksekutif Forum Pengguna Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CFM) Azizan Mohamad Afandi berkata pihaknya menerima 683 aduan mengenai perkhidmatan itu pada 2009, yang meningkat kepada 872 pada tahun lepas.

“Jumlah aduan mengenai perkhidmatan jalur lebar adalah tertinggi daripada semua jenis aduan yang kami terima,” katanya.

Katanya kebanyakan aduan tersebut berkaitan kelajuan perkhidmatan yang tidak memenuhi kehendak pelanggan serta liputan yang tidak meluas.

“Biasanya selepas menerima aduan, kami akan memaklumkan kepada penyedia perkhidmatan bagi mendapatkan penyelesaian menang-menang,” katanya.

Menurut statistik Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), penembusan jalur lebar untuk suku pertama tahun ini ialah 57.6 peratus dengan 6.6 juta langganan.

See also  Silentmode and Titan Cloud partner to optimize fuel retail operations

Selain itu, Azizan berkata pihaknya juga menerima banyak aduan mengenai perkhidmatan telefon bimbit yang berada di tempat kedua, namun isu itu terkawal memandangkan penyedia perkhidmatan bertindak pantas dalam menaik taraf infrastruktur komunikasi mereka.

Pada 2009, CFM menerima 505 aduan berkaitan telefon bimbit, 87 mengenai talian tetap dan 49 berkenaan radio/televisyen/lain-lain.

Beliau berkata tahun lepas, CFM menerima 606 aduan telefon bimbit, 180 berkenaan talian tetap, 33 mengenai perkhidmatan stesen televisyen berbayar, 26 aduan mengenai internet secara mendail, lima berkenaan radio dan 63 aduan lain-lain.

CFM ditubuhkan di bawah SKMM bagi membolehkan pengguna yang tidak berpuas hati menyalurkan aduan berkaitan perkhidmatan di bawah bidang kuasa suruhanjaya itu.

See also  Phison's RM1bil investment to boost AI Storage industry

Mereka yang ingin membuat aduan boleh hubungi talian 03-26923800 atau faks 03-26932288, atau talian bebas tol 1-800-18-2222, atau menerusi emel [email protected]

– Bernama