Pertandingan sahibba tingkatkan kosa kata

Pertandingan Sahibba Antara Jabatan yang dianjurkan Majlis Perbandaran Klang (MPK) berjaya meningkatkan bilangan dan penggunaan kosa kata dalam bahasa Melayu di kalangan kakitangannya.

Pustakawan Pusat Sumber, Nor Haslinah Mohamed Jaafar berkata  permainan Sahibba adalah pembinaan perkataan bahasa Melayu menggunakan huruf vokal yang lebih banyak berbanding bahasa Inggeris.

Menurutnya pertandingan yang diadakan itu adalah kesinambungan daripada Program Galakan Membaca yang telah dilancarkan baru-baru ini.

“Pertandingan Sahibba antara jabatan ini adalah langkah awal majlis sebelum menganjurkan pertandingan tersebut ke peringkat daerah yang menglibatkan penyertaan awam.

“Malah majlis sememangnya ingin mewujudkan masyarakat yang berilmu termasuk menguasai perbendaharaan kata dan aktiviti yang diadakan ini berjaya melahirkan kakitangan yang kreatif,” katanya.

Pada pertandingan itu, jabatan penilaian dan pengurusanharta muncul johan dan naib johan, jabatan korporat serta tempat ketiga pula disandang oleh jabatan penguatkuasa.

Bagi kategori individu dimenangi oleh Mohamad Faizal Sharifuddin dari jabatan khidmat pengurusan manakala tempat kedua, Norhaslin Sulaiman dan ketiga, Ezlin Edzrina Meor Kamaruddin dari jabatan teknologi maklumat.