Raja Muda Perlis mahu hotel tempatan berfikiran besar

Raja Muda Perlis mahu hotel tempatan berfikiran besar

Pengurusan hotel di negara ini perlu berfikiran besar dan membantu menyemarakkan industri pelancongan dengan idea-idea segar, titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Pengurusan hotel di negara ini perlu berfikiran besar dan membantu menyemarakkan industri pelancongan dengan idea-idea segar, titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Baginda bertitah selain mempelbagaikan pakej secara kreatif, pengurusan hotel juga perlu meningkatkan layanan mesra mereka terhadap pelanggan sejajar dengan slogan ‘budi bahasa budaya kita.’

Bertitah merasmikan Santai Cafe hotel Putra Palace di sini malam tadi, baginda juga mahu slogan ‘Think tourism, act tourism’ yang diperkenalkan Kementerian Pelancongan turut disemai dalam pengurusan hotel.

Raja Muda Perlis bertitah daya saing yang membezakan pencapaian sesebuah hotel antara lain ialah kualiti perkhidmatan dan mudah capaiannya.

Baginda turut berharap para pelancong ke Langkawi atau negara Thailand tidak lagi menjadikan Perlis sebagai negeri transit, sebaliknya turut mengambil peluang mengenali negeri ini secara lebih dekat serta menikmati keindahan
sebenarnya.

See also  AirAsia resumes Vientiane route, connects all Asean nations

Perlis kaya dengan keunikan budaya dan keindahan alam sekitar dan antarayang pasti memikat pelancong ialah kemudahan membeli-belah di sempadan Malaysia-Thailand iaitu Wang Kelian serta Padang Besar.

Turut berangkat ke majlis itu ialah Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil manakala yang hadir sama ialah Menteri Besar Perlis Datuk Seri Dr Md Isa Sabu dan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Perlis
Ahmad Bakri Ali.

– Bernama