Garis panduan tempat letak kereta hampir siap

Garis panduan tempat letak kereta hampir siap

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan sedang dalam proses memuktamadkan Garis Panduan Tempat Letak Kereta yang bertujuan membantu kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan dan agensi pelaksana pembangunan dalam merancang dan menyediakan kemudahan tempat letak kereta.

Menteri berkenaan Chor Chee Heung berkata garis panduan itu antara lain menggalakkan penyediaan Tempat Letak Kereta Bertingkat Sistem Mekanikal yang merupakan pendekatan baru dalam reka bentuk tempat letak kereta.

Beliau berkata sistem itu perlu diperluaskan bagi mengatasi masalah ketidakcukupan petak letak kereta di kawasan yang mempunyai keluasan terhad kerana ia dapat menjimatkan ruang seperti di kawasan pangsapuri atau flat kos
rendah.

“Sistem pasang siap ini lebih mesra alam, menjimatkan ruang dan penggunaan sumber tenaga elektrik serta menjamin keselamatan,” katanya dalam jawapan  bertulis kepada soalan Hee Loy Sian (PKR-Petaling Jaya Selatan) di Dewan Rakyat di sini hari ini.

See also  Malaysia ranks 4th globally in skyscraper count

Hee ingin tahu langkah penyelesaian masalah tempat letak kereta yang penuh sesak di pangsapuri atau flat kos rendah yang diambil kementerian.

Chor berkata tempat letak kereta itu terdiri daripada berskala kecil dan sederhana yang boleh menggantikan dua petak tempat letak kereta biasa kepada enam hingga 12 kereta.

“Sistem berskala besar terdiri daripada bangunan berasingan yang boleh memuatkan lebih banyak tempat letak kereta,” katanya.

– Bernama