SYABAS: Kerja penyelenggaran di loji rawatan siap lebih awal

SYABAS: Kerja penyelenggaran di loji rawatan siap lebih awal

Pengarah Eksekutif hal ehwal korporat SYABAS, Abdul Halem Mat Som berkata kerja-kerja penyenggaraan di Loji Rawatan Air SSP1 telah berjalan dengan lancar dan siap 2.5 jam lebih awal daripada jadual yang dimaklumkan sebelum ini.

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) ingin memaklumkan status terkini berkaitan kerja-kerja penyelenggaraan dan menaiktaraf Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (SSP1) oleh Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn Bhd (SPLASH).

Pengarah Eksekutif hal ehwal korporat SYABAS, Abdul Halem Mat Som berkata berdasarkan kepada maklumat terkini yang diterima dari Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor (SPLASH), kerja-kerja penyenggaraan di Loji Rawatan Air SSP1 telah berjalan dengan lancar dan siap 2.5 jam lebih awal daripada jadual yang dimaklumkan sebelum ini.

Menurutnya, memandangkan kerja-kerja penyelenggaraan ini siap lebih awal, maka pihak SYABAS akan dapat mula mengisi kolam-kolam takungan lebih awal dan menjangkakan bekalan air akan dapat disalurkan semula ke dalam sistem bermula jam 10 malam ini.

See also  ASIAWATER tackles water security challenges in SEA

“Para pengguna di kawasan-kawasan yang terlibat dijangka akan mula mendapat bekalan air secara berperingkat-peringkat bermula awal pagi esok (23 Jun 2011) dan pulih sepenuhnya selewat-lewatnya pada jam 8 pagi hari Jumaat (24 Jun 2011),” katanya menerusi satu kenyataan media lewat malam tadi.

Mengulas lanjut, Abdul Halem berkata kawasan yang terletak di tanah tinggi dan jauh dijangka paling akhir menerima bekalan air berbanding kawasan berhampiran yang terletak di tanah rata.

Menurutnya pihak SYABAS sekali lagi ingin menasihatkan para pengguna di kawasan-kawasan terlibat agar menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh di atas.

“Mereka yang memerlukan bantuan bekalan air menerusi lori tangki ataupun ingin mendapat maklumat lanjut berhubung gangguan bekalan air tidak berjadual ini disaran agar menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan (PUSPEL) di talian bebas tol, 1-800-88-5252.

See also  Air Itam Dam low on water, PBAPP urges conservation 

“Selain itu, pengguna boleh menghantar SMS, dengan menaip PUSPEL dan hantar ke 39222 supaya tindakan segera diambil dan membuat laporan kepada SYABAS menerusi laman web twitter dan facebook dengan mendaftar di laman web berkenaan,” katanya.