Ibu bapa adalah ‘role model’ generasi muda

Ibu bapa adalah ‘role model’ generasi muda

Ibu bapa merupakan individu yang paling rapat dengan anak-anak dan mereka peru lebih banyak meluangkan masa dengan mereka.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Batu, Datuk Hamisa Samat berkata ibu bapa perlu memainkan peranan penting dalam menentukan kecemerlangan akademik anak-anak mereka.

Ibu bapa merupakan individu yang paling rapat dengan anak-anak dan mereka peru lebih banyak meluangkan masa dengan mereka. Beliau berkata demikian semasa bertemu masyarakat di Kampung Sungai Tudak Kalabakan di sini kelmarin.

Beliau berkata golongan ibu bapa perlu memainkan peranan penting dalam memastikan kejayaan anak-anak dalam pelajaran tanpa mengharapkan guru semata-mata.

Katanya, pendidikan anak-anak tidak akan sempurna tanpa komitmen jitu ibu bapa.

Kejayaan anak-anak dalam pelajaran banyak bergantung kepada sokongan ibu bapa dan dorongan ini penting bagi melicinkan proses pembelajaran murid di sekolah.

See also  MCTF champions sustainability for future workforce

Beliau juga berkata, golongan muda juga perlu diberikan kesedaran meningkatkan azam dan tekad mereka sambil memupuk semangat belajar sepanjang hayat demi untuk melahirkan warga yang disegani serta dihormati dari aspek ketinggian ilmu.

Menurut Hamisa, selain bertanggungjawab memastikan prestasi pelajaran anak-anak, ibu bapa perlu sentiasa memantau aktiviti mereka supaya tidak terjerumus dengan gejala negatif.

“Kita harus meletakkan keluarga sebagai ejen penting dan berpengaruh serta yang mempunyai rantaian dengan kehidupan semasa. Hal ini kerana keluarga harus diberi prioriti sebagai unit sosial yang bersifat majmuk”, ujar beliau.

Katanya, sekiranya dadah dapat diperangi,maka golongan remaja yang proaktif dan berdisiplin dapat diwujudkan.

“Apa yang penting ialah kualiti ilmu dalam diri setiap generasi yang membolehkan mereka memilih apa yang baik dan tidak baik yang sekaligus menjadikan mereka modul insan untuk membangunkan negara,” tambahnya.

See also  MCTF champions sustainability for future workforce

Belia harus peka dengan proses globalisasi yang membawa kepada Wawasan 2020. Belia yang mempunyai harga diri positif akan lebih berkeyakinan, bercita-cita tinggi dalam melaksanakan perkara yang boleh memberi manfaat kepada mereka,” ujar beliau.

 

Gary Louis Supi