Pekan Frinjan: Usaha merapatkan jurang kesenian

Pekan Frinjan: Usaha merapatkan jurang kesenian

Program Pekan Frinjan dikelolakan oleh komuniti Frinjan di Shah Alam kini sudah memasuki usia dua tahun kewujudannya di mana idea asal penubuhan ini merupakan hasil cetusan idea tiga anak muda.

Program Pekan Frinjan dikelolakan oleh komuniti Frinjan di Shah Alam  kini sudah memasuki usia dua tahun kewujudannya di mana idea asal penubuhan ini merupakan hasil cetusan idea tiga anak muda.

Salah seorang pengasas Pekan Frinjan, Zulhabri Supian berkata, beliau bersama dua orang rakannya iaitu Amri Rohayat dan Alina Abdullah dipertemukan pada 2009 lalu.

Mengungkap kembali sebelum idea Pekan Frinjan diadakan dalam bentuk acara persembahan, menurutnya, Amri dan Alina banyak bereksprementasi dengan acara lain antaranya pernah menghasilkan karya buku dalam bidang penulisan.

“Saya menjadikan teman-teman di negara Indonesia sebagai sumber inspirasi menganjurkan acara kesenian bersifat jalanan dan merakyatkan, saya melihat dinamiknya jauh berbeza dengan acara kesenian dianjurkan di negara ini bersifat eletis, eksklusif dan menjauhi rakyat.

See also  MCTF champions sustainability for future workforce

“Apa yang kita cuba lakukan dengan Pekan Frinjan untuk merapatkan jurang (kesenian) walaupun agak susah dan memakan tempoh masa lama,” katanya kepada Komunitikini.

 

Galak anak muda tubuh komuniti sendiri

Mengulas lanjut pembabitan golongan muda, Zulhabri berkata komuniti Frinjan sentiasa menyokong serta memberi galakan terhadap kumpulan anak-anak muda dari institusi pengajian tinggi awam dan swasta di luar Lembah Klang berminat untuk menganjurkan program bercorak seperti Pekan Frinjan.

Menurutnya, komuniti itu bersedia untuk membantu daripada segi kepakaran organisasi, publisiti dan mendapatkan teman-teman berkarya turun padang memberikan sokongan.

“Kita menggalakan mereka untuk menubuhkan komuniti sendiri dan tidak mahu menganggap komuniti frinjan sebagai penasihat sebaliknya seperti rakan kongsi kerana kita ingin melihat lebih banyak percambahan kumpulan seni di negara ini,” katanya.

See also  Gelly Wee: Bridal bliss with record-breaking event

Zulhabri berkata, biar komuniti lokal itu sendiri yang menentukan corak persembahan sesuai untuk mereka tidak perlu mengikut konsep Pekan Frinjan.

“Sekiranya mereka perlukan pandangan dan pendapat, kita bantu mereka daripada situ baru wujudnya kerjasama.

Bagi saya pendekatan itu lebih bagus daripada kita `syok sendiri` dan bersifat autokratik,” katanya.