Permit pasar Ramadan boleh dipohon mulai 6 Jun

Permit pasar Ramadan boleh dipohon mulai 6 Jun

Setiausaha Majlis Perbandaran Klang (MPK), Ikhsan Mukri berkata orang ramai yang ingin berniaga pada bulan Ramadan boleh memohon untuk mendapatkan permit mulai 6 Jun sehingga hujung bulan ini.

gambar hiasan

Orang ramai yang ingin berniaga pada bulan Ramadan  boleh memohon untuk mendapatkan permit mulai 6 Jun sehingga hujung bulan ini.

Setiausaha Majlis Perbandaran Klang (MPK), Ikhsan Mukri berkata borang permohonan boleh didapati di kaunter 20, jabatan pelesenan  dan bagi permohonan penjualan bukan makanan di Jalan Taiping serta sekitar, pemohon perlu menyerahkannya di kaunter 19.

Menurutnya, terdapat 50 lokasi untuk penjualan makanan di seluruh kawasan itu dan mereka yang berminat di minta untuk mematuhi setiap syarat yang ditetapkan majlis.

“Setiap peniaga hanya dibenarkan memohon satu tempat berniaga sahaja untuk satu nama dan sekiranya didapati lebih daripada yang ditetapkan,permohonan dianggap batal.

“Malah peniaga juga tidak dibenarkan menyewa atau menjual petak kepada orang lain kelak,” katanya.

Ikhsan berkata selain daripada perkara itu, majlis juga menekankan aspek kebersihan antaranya pengendali makanan perlu disuntik TY 2 bagi tujuan pencegahan.

Menurutnya pemeriksaan secara kerap akan dilakukan majlis bagi memastikan peniaga yang berkenaan mematuhi setiap peraturan yang ditetapkan sepanjang tempoh itu nanti.