Warga emas tinggal sehelai sepinggang terima sumbangan

Warga emas tinggal sehelai sepinggang terima sumbangan

Nasib mangsa kebakaran, Khamsaton Aliman,83, terus mendapat perhatian pelbagai pihak termasuk Majlis Perbandaran Klang (MPK).

Nasib mangsa kebakaran, Khamsaton Aliman,83,terus mendapat perhatian pelbagai pihak termasuk Majlis Perbandaran Klang (MPK).

Ahli majlis, Azmizam Zaman Huri berkata sumbangan yang diberikan adalah tanda keprihatinan majlis khususnya dalam membantu penduduk yang ditimpa musibah seperti Khamsaton.

Menurutnya, sebagai ahli majlis di Zon N 50 (Sri Muda) beliau berasa terpanggil untuk menghulurkan bantuan kerana mangsa kini tinggal sehelai sepinggang akibat kejadian yang berlaku Rabu lepas.

“Saya akan mengusahakan beberapa bantuan lain bagi membolehkan semua mangsa yang terlibat dapat meneruskan kehidupan seperti biasa kelak.

“Malah ia juga bertepatan dengan konsep kerajaan Pakatan Rakyat (PR) yang sentiasa mengutamakan kebajikan dan kesejahteraan rakyat di negeri ini,” katanya.

See also  FOMEMA supports vulnerable communities during Ramadan

Selain daripada itu, Azmizam juga merakamkan penghargaan kepada Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang turut bekerjasama membantu Khamsaton sekeluarga sejak hari pertama kejadian di situ.

Menurutnya, sikap tolong menolong penduduk kampung dalam membantu keluarga mangsa amat dihargai dalam usaha meringankan beban yang ditanggung oleh Khamsaton kelak.