Seramai 176 pemain sertai kejohanan tenis terbuka remaja

Seramai 176 pemain sertai kejohanan tenis terbuka remaja

Datuk Bandar, Datuk Roslan Sakiman berkata kejohanan itu merupakan anjuran pihak berkuasa tempatan (PBT) daerah Petaling Jaya dan Persatuan Tenis Selangor (STA) akan bermula 28 Mei hingga 1 Jun ini.

Seramai 176 pemain tenis seluruh negeri akan menyertai Kejohanan Tenis Remaja Terbuka Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan Milo 2011 sempena ulang tahun ke 5 bandaraya Petaling Jaya.

Datuk Bandar, Datuk Roslan Sakiman berkata kejohanan itu merupakan anjuran pihak berkuasa tempatan (PBT) daerah Petaling Jaya dan Persatuan Tenis Selangor (STA) akan bermula 28 Mei hingga 1 Jun ini.

Menurutnya, tempat kejohanan akan diadakan di Kompleks sukan MBPJ dan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) Kelana Jaya dan Astaka Petaling Jaya.

“Acara dipertandingan adalah perseorangan beregu remaja lelaki dan perempuan berusia 10, 12, 14, 16 dan 18 tahun ke bawah daripada 10 negeri,” katanya pada sidang media dihadiri wakil penaja di ibu pejabat MBPJ, pagi tadi.

See also  IRONMAN 70.3: Desaru Coast to host "Torture Camp"

Roslan berkata, acara yang dipertandingkan pada kejohanan ini bertaraf status ranking remaja kebangsaan.

Difahamkan,  MBPJ turut menjadi bapa angkat kepada 5 pasukan yang akan mewakili Selangor ke Sukma 2010 dalam acara badminton, skuasy, tenis, lumba basikal dan golf.