Kejohanan Memancing Terbuka Pesta Sandakan ditunda

SANDAKAN – Pertandingan ini telah ditunda selepas mengambil kira perkembangan yang berlaku di perairan pantai timur Sabah.

Sandakan Fishing Competition

Kejohanan Memancing Terbuka pada Pesta Sandakan yang dijadualkan berlangsung pada 16hb Ogos ini telah ditunda pada suatu tarikh yang akan ditetapkan kemudian.

“Kami dengan kesal ingin memaklumkan bahawa jawatankuasa Sandakan Yacht Club (SYC) telah memutuskan untuk menunda kejohanan memancing ini sehingga notis selanjutnya,” kata wakil SYC Daniel Liaw semasa sidang akhbar di sini, kelmarin.

Daniel menjelaskan bahawa jawatankuasa SYC telah mengambil keputusan tersebut setelah perbincangan dengan pihak-pihak berkuasa. Penundaan ini juga mengambil kira perkembangan yang berlaku di perairan pantai timur Sabah.

“Kami akan membuat pengumuman sebaik sahaja kami telah memutuskan tarikh baru,” ujar Daniel.

Sandakan Fishing Competition 1 copy

Beliau juga meminta maaf kepada semua pihak atas segala kesulitan dan turut mengucapkan terima kasih kepada semua penaja kerana terus memberikan sokongan kepada acara tersebut.

See also  Combat Baze redefines leisure standards

Katanya lagi, semua ahli kelab dan peserta boleh menghubungi pejabat SYC di talian 089-212518 untuk pertanyaan lanjut.

Kejohanan Memancing Terbuka Pesta Sandakan, yang merupakan acara tahunan anjuran bersama dengan Majlis Perbandaran Sandakan, merupakan acara memancing terbesar di pantai Timur Sabah.

Ia menawarkan hadiah wang tunai yang menarik dan berjaya menarik penyertaan daripada bahagian-bahagian lain negeri ini sejak tahun 2001.

Gary Louis Supi