Simbah asid: Kementerian kaji perketatkan jualan bahan kakis

Simbah asid: Kementerian kaji perketatkan jualan bahan kakis

Timbalan Menteri Kesihatan Rosnah Abd Rashid Shirlin berkata kementeriannya sedang mengkaji isu berkenaan tentang peraturan penggunaan bahan kakis seperti asid.

Timbalan Menteri Kesihatan Rosnah Abd Rashid Shirlin berkata kementeriannya sedang mengkaji isu berkenaan tentang peraturan penggunaan bahan kakis seperti asid.

Bercakap kepada pemberita selepas menyerahkan komputer notebook 1Malaysiakepada 1,844 pelajar semalam, beliau berkata kementerian menganggap perkara itu perlu diselesaikan segera.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ShahrizatAbdul Jalil baru-baru ini berkata beliau akan membawa isu penjualan dan pembelian asid ke Kabinet secepat mungkin supaya undang-undang pembelian dan penjualan bahan itu dapat diperketat.

Kenyataan beliau itu merujuk kepada serangan simbahan cecair dipercayai asid di sekitar Lembah Klang dan di beberapa kawasan lain yang menyasarkan golongan wanita. Polis menerima lebih 20 laporan berhubung insiden itu.

Menyokong cadangan itu, Rosnah bersetuju tindakan drastik perlu dilakukan. “Terdapat keperluan untuk mengawal, bukan sahaja asid tetapi bahan serupayang boleh memudaratkan jika ia disalahgunakan,” tegas beliau.

Bagaimanapun katanya kementerian itu perlu melihat mekanisme pelaksanaannya termasuk daripada aspek teknikal.

– Bernama