Peluang pekerjaan di Sabah Women Action-Resource Group (SAWO)

Peluang pekerjaan di Sabah Women Action-Resource Group (SAWO)

Sabah Women Action-Resource Group (SAWO) sedang giat mencari kakitangan baru untuk memantapkan projek pertubuhan itu. Calon-calon yang mempunyai kelayakan boleh menghubungi pejabat SAWO secepat mungkin.

Sabah Women Action-Resource Group (SAWO) ialah sebuah pertubuhan sukarela wanita di Sabah yang mula bergerak aktif semenjak tahun 1985.

SAWO pada masa kini sedang giat mencari dua orang kakitangan wanita untuk bekerja secara sepenuh masa bagi memantapkan pertubuhan tersebut.

Ketika ini, SAWO sedang giat melakukan kempen menentang keganasan terhadap wanita dan kanak-kanak di Kota Kinabalu. Oleh kerana itu kakitangan baru ini amat diperlukan untuk menyelaras program-program yang dirancang bagi memastikan pertubuhan ini akan terus memainkan peranan yang aktif.

Antara kriteria-kriteria yang diperlukan oleh calon ialah mempunyai keyakinan di dalam memperjuangkan hak-hak wanita serta boleh berbahasa Melayu dan Inggeris dengan fasih, dan boleh menggunakan komputer.

Calon-calon hendaklah sekurang-kurangnya berkelulusan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), kolej atau graduan university.Pengalaman akan dipertimbangkan sebagai suatu kelebihan.

Gaji akan dipertimbangkan berdasarkan keupayaan individu tersebut serta pasaran semasa.