RM 8,000 untuk pertandingan fotografi dan video pendek

Majlis Perbandaran Selayang (MPS) melanjutkan tarikh tutup pertandingan fotografi dan video pendek sempena sambutan 25 tahun Jubli Emas sehingga 15 Ogos ini.

Pertandingan fotografi dan video pendek sempena perayaan Jubli Emas Majlis Perbandaran Selayang telah dilanjutkan sehingga 15 Ogos ini.

Pengarah Jabatan Korporatnya Mohamad Zin Masoad berkata ia bertujuan memberi peluang kepada lebih ramai individu menyertai dan menyerlahkan bakat masing-masing.

“Individu yang berminat boleh memuat turun syarat dan borang pertandingan menerusi portal MPS di www.mps.gov.my dan hantar penyertaan sebelum atau pada 15 Ogos ini.

RM 8,000 untuk pertandingan fotografi dan video pendek MPS

“Peserta boleh mengambil gambar atau video kreatif bertemakan ’25 Tahun MPS-Penuh Kemakmuran’ dengan memaparkan keindahan bandar, bangunan atau mercu tanda, alam semulajadi, kawasan tasik dan landskap di seluruh kawasan pentadbiran MPS,” katanya menerusi kenyataan.

Pertandingan itu menawarkan hadiah keseluruhan bernilai RM17,000 dengan pemenang utama kategori fotografi bakal membawa pulang wang tunai RM3,000 dan pemenang utama kategori video pendek (RM5,000).

Gambar atau video pendek itu boleh dihantar melalui pos atau serahan tangan kepada Jabatan Korporat, Majlis Perbandaran Selayang, Menara MPS, Persiaran 3, Bandar Baru Selayang, 68100, Batu Caves, Selangor.

Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut hubungi Jabatan Korporat di 03-6126 5834 atau layari www.mps.gov.my.

Avatar photo

CJMY

For any inquiries or to submit a press release, please send an email CJ Editor at [email protected].