Mangsa kebakaran terima barang kelengkapan sekolah

Mangsa kebakaran terima barang kelengkapan sekolah

Seramai 12 orang pelajar rendah dan menengah yang terlibat dalam kebakaran di Jalan Kebun menerima bantuan segera bagi membolehkan mereka meneruskan persekolahan seperti biasa.

Seramai 12 orang pelajar rendah dan menengah yang terlibat dalam kebakaran di Jalan Kebun menerima bantuan segera bagi membolehkan mereka meneruskan persekolahan seperti biasa.

Penyelaras Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sri Muda, Ir Kamaruzzaman Johari berkata setiap pelajar menerima dua pasang pakaian sekolah, kasut, beg sekolah dan wang tunai RM50.00.

Menurutnya,  pihaknya juga mengusahakan beberapa bantuan lain kepada keluarga mangsa dan buat masa ini,mereka ditempatkan di kawasan perpindahan sementara di Surau Al Falak, Lorong Abu Bakar.

“Saya berharap sumbangan itu dapat meringankan beban yang ditanggung oleh keluarga mangsa yang ditimpa musibah baru-baru ini.

“Saya meminta mereka yang terlibat untuk bersabar menghadapi dugaan ini dan kita akan memastikan bantuan mencukupi bagi meringankan beban yang dialami,” katanya ketika menghadiri program bantuan mangsa kebakaran Jalan Kebun, Shah Alam baru-baru ini.

See also  Rethinking education: Learning with joy, purpose, and empathy

Selain itu,  menurutnya bantuan badan bukan kerajaan dan pihak berkuasa tempatan (PBT) diharap dapat meringankan beban dihadapi mangsa.

“Saya berterima kasih kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat(JKM), Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan (JKKK), Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Persekutuan (JKKKP) dan Skuad Sayang yang bertindak cepat serta prihatin dengan apa yang menimpa penduduk melalui pelbagai sumbangan yang diberikan,” katanya