Airiy Azmi, dihukum gantung kerana mengedar dadah

Airiy Azmi, dihukum gantung kerana mengedar dadah

Seorang broker kereta dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi hari ini selepas didapati bersalah kerana mengedar dadah dua tahun lalu.

Seorang broker kereta dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi hari ini selepas didapati bersalah kerana mengedar dadah dua tahun lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman Mohd Zaki Abd Wahab menjatuhkan hukuman gantung sampaimati terhadap Airiy Azmi Mohamad, 31, selepas didapati bersalah kerana mengedar dadah jenis ganja seberat hampir 60 kg.

Tertuduh yang berasal dari Kelantan didakwa melakukan kesalahan itu di Lorong 2, Unit Pemeriksaan dan Kemudahan Penumpang, Kompleks Imigresen Bukit Kayu Hitam pada 17 April 2009 pukul 12.30 tengah hari.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, yang boleh dihukum mengikut Seksyen 39B (2) akta yang sama, yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Tertuduh yang memakai kemeja-T biru berbelang merah dan jeans biru bagaimanapun tenang ketika Mohd Zaki menjatuhkan hukuman.

Terdahulu, Mohd Zaki dalam penghakimannya berkata mahkamah tidak boleh menerima alasan tertuduh dalam pembelaannya yang mengatakan dia tidak tahu barangan yang dibawa itu adalah dadah.

“Pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah dan tertuduh disabitkan kesalahan,” katanya.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Nik Suhaimi Nik Sulaimanmanakala tertuduh diwakili peguam R.S.N Rayer.

Sementara itu, ibu lelaki itu yang dalam lingkungan 50-an hanya mampu menangis teresak-esak sehingga terpaksa dipapah keluarganya sebaik sahaja keputusan itu dibacakan.

– Bernama