Komputer riba untuk pelajar-pelajar sekolah rendah

Komputer riba untuk pelajar-pelajar sekolah rendah

Sekiranya komputer riba diperkenalkan di sekolah, ia akan mampu menjimatkan perbelanjaan berjuta-juta ringgit tanpa bergantung sepenuhnya kepada buku-buku teks lagi.

Pengunaan komputer riba untuk kanak-kanak tahun satu hingga enam di sekolah yang diperkenalkan di Terengganu telah menarik perhatian Ketua Biro Pengaduan Awam Parti Keadilan Rakyat (PKR) Bahagian Kota Kinabalu, Christina Liew.

Bercakap kepada pemberita di pejabatnya pagi tadi, Christina berkata bahawa, apa yang dilakukan oleh kerajaan negeri Terengganu seharusnya turut diimplementasikan di negeri-negeri lain di Malaysia, termasuk Sabah.

Komputer-komputer riba tersebut menurut Christina mengandungi perisian bagi setiap matapelajaran yang menyenangkan kanak-kanak sekolah tersebut didalam mengulangkaji pelajaran.

Bahkan ia turut menyelesaikan masalah beg berat dikalangan pelajar sekolah rendah.

Christina berkata, ” Saya akan membuat kunjungan hormat ke Jabatan Pendidikan di sini dan menyatakan cadangan mengenai perkara ini. Kita mempunyai kerajaan negeri yang prihatin terhadap rakyatnya dan oleh itu saya percaya mereka akan menilai perkara ini.”

See also  National Children’s Day 2024 celebrates voices of future generations

Buat masa ini, cadangan yang akan dibawakan oleh Christina kepada Jabatan Pendidikan akan diimplementasikan di sekolah-sekolah rendah jika ia diterima.

“Kita akan mengetengahkan perkara ini untuk sekolah rendah terlebih dahulu sebelum beralih ke sekolah menengah,” ujar beliau.

Ketika ditanya akan masa kunjungan hormat itu akan dilakukan, Christina berkata, ia akan dilakukan dengan secepat mungkin.

“Ia akan dilakukan tidak lama dari sekarang, dan saya juga tidak suka melengah-lengahkan masa,” kata Christina lagi sambil menambah bahawa cadangan penyediaan komputer riba tersebut dibuat untuk peringkat nasional, dan tidak terhad kepada Sabah sahaja.

Seterusnya Christina menekankan bahawa perkara tersebut akan mampu menjimatkan perbelanjaan berjuta-juta ringgit  tanpa bergantung sepenuhnya kepada buku-buku teks lagi.

See also  National Children’s Day 2024 celebrates voices of future generations

Sememangnya buku-buku teks adalah beban berat yang perlu dipikul oleh kanak-kanak sekolah rendah setiap hari mereka ke sekolah.

 

Gary Louis Supi